BlackBerry 10 Akan Mempunyai Lebih Kurang 70,000 Aplikasi Ketika Pelancaran?

BlackBerry 10 Akan Mempunyai Lebih Kurang 70,000 Aplikasi Ketika Pelancaran?

Diterbitkan pada Jan 16, 2013 oleh .

Pelancaran BlackBerry 10 adalah salah satu perkara yang dinantikan pada penghujung bulan ini, dan kini sebuah dokumen mula kelihatan di arena internet, memperlihatkan beberapa informasi berkaitan dengan platform terbaru daripada RIM itu.

BlackBerry10 Manual

Daripada dokumen yang diperkatakan ditujukan untuk tujuan latihan, ia memaparkan beberapa informasi berkaitan BlackBerry 10.

Salah satunya adalah dimana BlackBerry 10 diperkatakan akan mempunyai lebih kurang 70,000 aplikasi ketika pelancaran, dan turut menyertakan pilihan lagu sebanyak lebih kurang 20 juta lagu melaluinya. Rancangan TV dan juga video turut sama boleh dilanggan melalui BlackBerry World.

Pada masa yang sama, dokumen latihan tersebut turut berkongsi beberapa informasi berkaitan spesifikasi, mengatakan peranti BlackBerry 10 tersebut kelak akan dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon S4, dan juga bateri berkapasiti 1800mAh.

RIM bakal mengumumkan BlackBerry 10 secara rasmi pada 31 Januari ini, dimana beberapa peranti baru turut dijangka akan diumumkan pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN