Samsung Malaysia Mengumumkan Galaxy S3 Mini Untuk Pasaran Tempatan

Samsung Malaysia Mengumumkan Galaxy S3 Mini Untuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada Jan 16, 2013 oleh .

Walaupun beberapa penjual tempatan telah mula menawarkan Galaxy S3 Mini untuk pasaran tempatan, hari ini, Samsung Malaysia mengambil kesempatan dalam memperkenalkan dan mengumumkan ia secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Galaxy S3 Mini

Galaxy S3 Mini membawakan rekabentuk menyerupai Galaxy S3 yang diperkenalkan pada bulan Mei 2012, tetapi bersaiz sedikit kecil – dengan membawakan skrin bersaiz 4.0-inci. Peranti ini turut sama dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, selain membawakan beberapa fungsi menarik dariapda TouchWiz padanya.

Untuk pasaran Malaysia, Galaxy S3 Mini ini ditawarkan dalam pilihan dua warna, iaitu putih dan biru, pada harga RM1199. Beberapa syarikat telekomunikasi akan menawarkannya, disamping SenQ yang telah mula menjualnya sejak daripada awal bulan ini.


TIPS & ULASAN