UMobile Mengumumkan Kerjasama Dengan Senheng Untuk Produk Pascabayar

UMobile Mengumumkan Kerjasama Dengan Senheng Untuk Produk Pascabayar

Diterbitkan pada Jan 16, 2013 oleh .

UMobile dalam usaha untuk menambah pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia, hari ini mengumumkan kerjasama dengan pihak Senheng Electronic, sekaligus membolehkan Senheng menawarkan produk pascabayar dan peranti daripada UMobile di kedai-kedai mereka seluruh negara.

UMobile - Senheng

Sebelum ini sendiri, Senheng melalui kedai mereka dan juga SenQ Digital Station seluruh negara sedia menawarkan kad prabayar UMobile selain turut menawarkan kebolehan pengguna untuk mendapatkan rebat melalui Pakej Komunikasi Belia.

Kini kerjasama diantara kedua-dua syarikat tempatan ini kelihatan terus bertambah baik, dan mungkin lebih banyak perkhidmatan UMobile akan ditawarkan melalui Senheng dan SenQ selepas ini.


TIPS & ULASAN