Twitter Kini Menandakan Teks Yang Melebihi Had Dengan Latar Berwarna Merah

Twitter Kini Menandakan Teks Yang Melebihi Had Dengan Latar Berwarna Merah

Diterbitkan pada Jan 16, 2013 oleh .

Twitter.com - Had AksaraPada Twitter, ia hanya dihadkan kepada penggunaan sebanyak 140 aksara sahaja, dan apabila melangkauinya, Twitter tidak akan membolehkan pengguna menghantarnya dan memperlihatkan angka negatif pada ruangan teks berkenaan.

Kini, dalam memudahkan pengguna mengetahui pada teks atau perkataan apakah mereka melangkaui had penggunaan aksara tersebut, mereka menandakan ia dengan latar berwarna merah, disamping pada masa yang sama mengekalkan angka negatif pada bahagian bawahnya.

Ini mungkin suatu kemaskini sahaja. Namun, bagi mereka yang aktif menulis Tweet yang panjang, ia akan membolehkan anda mengetahui bilakah anda perlu berhenti, dan menulis Tweet yang baru.

Buat masa ini, ia hanya disokong pada versi web Twitter.com sahaja.


TIPS & ULASAN