Temple Run 2 Dilancarkan Untuk Pengguna iPhone Dan iPad

Temple Run 2 Dilancarkan Untuk Pengguna iPhone Dan iPad

Diterbitkan pada Jan 16, 2013 oleh .

Salah satu permainan popular pada peranti mudah-alih adalah Temple Run, dimana pengguna mengawal peranti dengan watak yang dimainkan mereka melarikan diri sejauh yang mungkin. Kini, pembangunnya hadir dengan versi baru permainan tersebut, dinamakan sebagai Temple Run 2.

temple-run2

Pada Temple Run 2, ia mengekalkan bentuk permainan sama, tetapi didatangkan dengan grafik yang lebih cantik dengan persekitaran permainan yang menarik, lebih banyak pencapaian dan kuasa istimewa untuk setiap watak.

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan untuk pengguna peranti iOS sahaja, dimana mereka yang menggunakan iPhone, iPod Touch dan juga iPad boleh memuat-turunnya secara percuma daripada AppStore hari ini.

Muat-Turun Temple Run 2 untuk iOS


TIPS & ULASAN