Cari @ Amanz

HTCUra-ura dan desas-desus mengenai HTC M7 telah kedengaran sebelum ini, dan kini gambar baru dikongsikan oleh @EVLeaks, mengatakan ia merupakan peranti utama HTC untuk tahun 2013 ini.

HTC M7 ini dijangka akan diperkenalkan kepada umum pada Mobile World Congress di Barcelona pada bulan hadapan, dan gambar yang diperlihatkan dikatakan sebagai bukan gambar akhir, memandangkan penjenamaan dan logo masih belum disertakan padanya.

Daripada ura-ura sebelum ini, peranti ini diperkatakan akan membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan empat-teras 1.7GHz, dan akan menggunakan Android serta antaramuka HTC Sense terbaru padanya.

Walaubagaimanapun, ia mungkin bukan spesifikasi akhir, dan mungkin pihak HTC melakukan pelbagai perubahan dan sebagainya. Apa pun, sama-sama kita nantikan MWC pada bulan Februari 2013 untuk mengetahui secara rasmi apakah yang bakal dibawakan oleh HTC untuk tahun 2013 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd