Cari @ Amanz

Pada BlackBerry, memandangkan ia menggunakan perkhidmatan BIS (BlackBerry Internet Service), ramai penyedia perkhidmatan VoIP tidak menawarkan sokongan panggilan. Tetapi ia tidak menghentikan pihak Viber untuk hadir dengan sokongan tersebut.

Viber yang kini mempunyai lebih 150 juta pengguna sedia menawarkan sokongan panggilan VoIP percuma diantara pengguna Android dan iOS, dan melalui video terbaru yang dipertontonkan mereka, ia memperlihatkan sokongan panggilan VoIP akan hadir untuk pengguna BlackBerry pada bulan April 2013 ini.

Sokongan ini diperlihatkan pada peranti BlackBerry 7, dan berkemungkinan sokongan sama akan diperkenalkan untuk pengguna BlackBerry 10 pada tempoh lebih kurang sama.

Buat masa ini, pengguna Viber pada BlackBerry boleh menghantar dan menerima teks, gambar, dan emoticons secara percuma. Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya daripada BlackBerry World, dan menggunakannya, sementara menantikan pengenalan sokongan panggilan suara pada bulan April 2013 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd