Cari @ Amanz

Bagi mereka yang gemar memainkan permainan video pada konsol, semestinya salah satu pengumuman yang dinantikan adalah berkaitan dengan Sony PlayStation 4. Kini, salah seorang VP Sony memberikan petanda ia akan diperlihatkan dalam beberapa bulan sahaja lagi.

PlayStation 3

Daripada temuramah yang diadakan bersama-sama timbalan presiden Sony Home Entertainment, ia dikatakan mereka memfokuskan kepada acara tahunan E3 yang akan diadakan pada bulan Jun, dan mungkin suatu pengumuman akan diadakan sekitar waktu itu, ataupun seawal Mei 2013 ini.

Walaupun mungkin ia diperlihatkan pada E3 ataupun sebaliknya, namun mereka yang ingin mendapatkannya mungkin perlu nantikan sehingga penghujung tahun sebelum ia dipasarkan kepada umum.

Daripada ura-ura sebelum ini, ia dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan khas berasaskan AMD A8-3850 yang didatangkan dengan kelajuan empat-teras 2.9GHz, dan juga kad grafik 1GHz dengan memori 1GB.

Jadi, adakah kita akan melihatnya seawal bulan Mei ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd