Cari @ Amanz

Asus buat masa ini mengeluarkan beberapa tablet dan telefon pintar (PadFone), yang mana dijana menggunakan Android. Namun, kini, diperkatakan Asus sedang dalam perbincangan untuk hadir dengan peranti Windows Phone tidak lama lagi.

Melalui temuramah bersama WSJ, pihak Asus berkongsi mengatakan mereka berminat untuk hadir dengan peranti Windows Phone. Namun, tiada sebarang tarikh diberikan bilakah mereka akan hadir dengan peranti Windows Phone mereka.

Apa yang akan menjadi menarik adalah sekiranya mereka dapat hadir dengan peranti gabungan seumpama Padfone, dimana apabila digabungkan ia menjalankan Windows 8, selain telefon pintar yang boleh digunakan secara berasingan menjalankan Windows Phone.

Namun, mengikut tetapan pihak Microsoft, perkara ini mustahil disebabkan terdapat beberapa kekangan pada Windows Phone dan Windows 8. Tetapi, sekiranya laporan berkenaan Windows Blue sebelum ini adalah benar, mungkin ia tidak mustahil, dan mungkin kita akan dapat melihat peranti seumpamanya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd