Cari @ Amanz

HTC Buttefly merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna tempatan, dan hari ini, ia telah pun mula ditawarkan di Malaysia – melalui Cubic Platforms dan juga Brightstar Malaysia. Ia dijual pada harga RM2299 untuk pasaran Malaysia.

HTC Butterfly

Dari segi spesifikasi, HTC Butterfly membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan resolusi HD penuh (1920×1080 pixel), dijana menggunakan Android Jelly Bean dan antaramuka HTC Sense, memori sebanyak 2GB RAM dan juga dijana menggunakan cip pemprosesan Qualcomm S4 empat-teras 1.5Ghz.

Daripada pertanyaan kami kepada pihak HTC, ia dikatakan peranti ini hanya ditawarkan pada sesetengah lokasi utama buat masa ini, dan akan diperluaskan ke semua lokasi pada minggu hadapan.

Dengan pelancaran dan jualan peranti ini di Malaysia, sekaligus menjadikan HTC Butterfly antara peranti dengan skrin 1080p terawal di Malaysia. Kami akan cuba hadir dengan pandang pertama peranti ini dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd