RIM Memperlihatkan Aplikasi Peta Pada BlackBerry 10

RIM Memperlihatkan Aplikasi Peta Pada BlackBerry 10

Diterbitkan pada Jan 17, 2013 oleh .

Jikalau sebelum ini kita dapat melihat beberapa paparan skrin untuk aplikasi peta tertiris ke web, kini pihak RIM sendiri hadir dengan video mereka, berkongsi memperlihatkan aplikasi peta mereka di BlackBerry 10.

Tiada banyak perkara yang dikongsikan, namun salah satu perkara yang menarik adalah dimana aplikasi peta tersebut berubah mengikut kedudukan skrin, dimana ia turut sama berubah apabila pengguna menyengetkan atau mencondongkan peranti BlackBerry 10 mereka.

Fungsi sepenuhnya tidak dikongsikan oleh pihak BlackBerry, selain mengatakan yang mana API untuk sokongan peta disertakan pada SDK terbaru mereka.

RIM bakal memperkenalkan BlackBerry 10 secara rasmi pada 30 Januari ini, dimana mungkin kita akan dapat melihat pelbagai perkara menarik lain turut diumumkan bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN