Cari @ Amanz

Pada CES 2013 minggu lepas, salah satu perkara yang menarik perhatian ramai pihak adalah cip pemprosesan lapan teras daripada Samsung, dipanggil sebagai Exynos5 Octa. Kini, mengikut beberapa laporan awal, ia diperkatakan cip pemprosesan ini akan menjana Galaxy Note 3 yang akan dikeluarkan pada tahun ini kelak.

Perkara ini dilaporkan oleh Korea Times, yang mana turut berkongsi mengatakan Galaxy Note 3 akan turut menyertakan sama skrin bersaiz 6.3-inci padanya. Memandangkan pada tahun ini, ciri-ciri seperti paparan HD resolusi penuh menjadi trend, maka berkemungkinan ia turut sama akan disertakan pada peranti Galaxy Note dari Samsung kelak.

Walaubagaimanapun, memandangkan Galaxy Note 3 masih jauh daripada dilancarkan, maka berkemungkinan laporan awal ini kurang tepat, ataupun pihak Samsung sendiri melakukan perubahan pada perancangan mereka.

Dalam masa terdekat ini, antara peranti yang dinantikan semestinya Galaxy S4, yang mana masih tidak diketahui lagi apakah ciri-ciri baru yang akan disertakan padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd