Carian
Aplikasi HDC Halal Locator Dilancarkan Untuk Pengguna BlackBerry
January 17, 2013 Aman

HDC Malaysia (Halal Development Corporation) sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi mereka untuk beberapa platform, iaitu iOS, Android dan juga Symbian, dan hari ini, ia turut sama dilancarkan kepada para pengguna BlackBerry.

Sama seperti pada platform lain, HDC Halal Locator untuk BlackBerry turut sama membawakan kemudahan untuk pengguna merujuk dan mengetahui premis halal berdekatan mereka, disamping mengikuti pelbagai pelbagai berita semasa dan sebagainya.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan sedia dimuat-turun semua pengguna BlackBerry daripada BlackBerry World.

Komen