Samsung Galaxy Note 8.0 Bakal Diperkenalkan Pada MWC 2013?

Samsung Galaxy Note 8.0 Bakal Diperkenalkan Pada MWC 2013?

Diterbitkan pada Jan 17, 2013 oleh .

Pada tahun lepas, Samsung memperkenalkan variasi Galaxy Note 10.1 yang mana membawakan tablet dengan sokongan S-Pen. Dengan konsep serupa, pada tahun ini, Samsung diperkatakan akan memperkenalkan Galaxy Note 8.0 kepada umum pada MWC 2013.

Perkara ini dilaporkan oleh pihak SamMobile, dimana mereka mengatakan telah menerima informasi berkaitan Galaxy Note 8.0 yang mana membawakan skrin bersaiz 8.0-inci.

Daripada apa yang dikongsikan, Galaxy Note 8.0 dikatakan akan membawakan skrin TFT Super Clear LCD dengan resolusi 1280×800, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, bateru berkapasiti 4600mAh, dan menggunakan Android 4.2 Jelly Bean padanya.

Apakah fungsi yang akan dibawakan bersama-sama dengannya masih tidak diketahui buat masa ini. Seperti biasa, memandangkan ia menggunakan nama keluarga Note, maka ia turut sama akan didatangkan bersama-sama sokongan S-Pen padanya kelak.


TIPS & ULASAN