Cari @ Amanz

Perkongsian pautan di Facebook bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi nampaknya, kini laman sosial popular tersebut mula menguji paparan gambar yang lebih besar untuk perkongsian pautan, dalam usaha memberikan kesan yang baik terhadapnya.

Buat masa ini, ia dilaporkan sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan pada masa yang sama, kelihatan pautan dengan paparan gambar yang kecil turut sama diperlihatkan di News Feed.

Perkongsian Pautan - News Feed

Perkara ini semestinya mengembirakan ramai syarikat yang gemar berkongsi pautan, dan memberikan kesan positif dalam pemasaran mereka di Facebook, memandangkan ia akan hadir dengan paparan gambar lebih besar, dan memberikan impak lebih baik di News Feed.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan perubahan ini di Facebook?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd