Aplikasi MediaFire Untuk Android Membawakan Ruangan Percuma 50GB

Aplikasi MediaFire Untuk Android Membawakan Ruangan Percuma 50GB

Diterbitkan pada Jan 18, 2013 oleh .

MediaFire merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian fail yang mana dari hari ke hari, ia lebih bergerak ke arah perkhidmatan storan awan. Setelah memperkenalkan aplikasi untuk iOS sebelum ini, kini mereka turut sama telah melancarkan aplikasi Android rasmi, yang mana didatangkan bersama-sama ruangan storan percuma sebanyak 50GB.

MediFire berfungsi seperti kebanyakkan perkhidmatan storan untuk Android yang lain, membolehkan pengguna melihat dokumen dan gambar terus dari perkhidmatan mereka pada aplikasi tersebut.

Namun, berbanding dengan Dropbox mahupun perkhidmatan seumpamanya yang lain, salah satu perkara yang kurang pada aplikasi MediaFire ini adalah dimana pengguna perlu memuat-naik segalanya secara manual, tanpa sokongan sync automatik.

Bagi pengguna Android yang menyukainya, mungkin boleh mendapatkan ia secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Aplikasi MediaFire untuk Android


TIPS & ULASAN