BitTorrent Surf Membolehkan Pengguna Memuat-Turun Torrent Terus Pada Chrome

BitTorrent Surf Membolehkan Pengguna Memuat-Turun Torrent Terus Pada Chrome

Diterbitkan pada Jan 18, 2013 oleh .

Bagi yang berminat memuat-turun fail-fail berbentuk torrent, semestinya aplikasi seperti uTorrent dan sebagainya sedia digunakan anda. Dan dalam usaha untuk memudahkan anda menguruskan dan memuat-turun terus dari pelayar web, salah satu aplikasi baru untuk Chrome adalah Bittorrent Surf.

Bittorent Surf didatangkan dalam bentuk extension untuk Google Chrome, membolehkan pengguna memuat-turun torrent terus daripada pelayar web mereka.

Sokongan carian juga disediakan, membolehkan pengguna membuat carian fail yang diingini, dan memuat-turun ia serta merta. Namun, dari penggunaan kami, sokongan carian tidak berfungsi sepenuhnya.

Dan bagi pengguna Windows 8, mereka perlu menjalankan Google Chrome dalam mode Windows 7 sebelum dapat memasangnya pada pelayar web Chrome mereka.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun ia secara percuma dan menggunakannya pada pelayar web anda hari ini.

Muat-Turun Bittorrent Surf untuk Chrome


TIPS & ULASAN