MegaUpload Baru Akan Didatangkan Bersama-sama Ruangan Storan Percuma 50GB

MegaUpload Baru Akan Didatangkan Bersama-sama Ruangan Storan Percuma 50GB

Diterbitkan pada Jan 18, 2013 oleh .

Sejak MegaUpload disekat akses pada tahun lepas, ramai menantikan pelancaran semula perkhidmatan tersebut. Dan kini, dengan perkhidmatan gantinya, Mega.co.nz yang bakal dilancarkan dalam beberapa hari lagi, beberapa info baru berkaitan dengannya dikongsikan Kim Dotcom.

Antaramuka MegaUpload Baru

Daripada Tweet terkini, Kim Dotcom mengatakan setiap pengguna akan disediakan dengan ruangan percuma sebanyak 50GB, membolehkan mereka menyimpan pelbagai jenis fail padanya.

Sekiranya ia didatangkan dengan sokongan sync seperti Dropbox dan sebagainya, mungkin ia akan menerima permintaan yang tinggi. Tetapi, semestinya dengan nama Mega sendiri, Kim Dotcom akan dapat menarik ramai pengguna untuk menggunakannya.

Mega.co.nz akan dilancarkan secara rasminya pada 20 Januari ini, dimana pelbagai perkara berkaitan dengan perkhidmatan tersebut bakal dikongsikan pada tarikh tersebut. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN