Temple Run 2 Bakal Dilancarkan Untuk Android Pada Minggu Hadapan

Temple Run 2 Bakal Dilancarkan Untuk Android Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jan 18, 2013 oleh .

Temple Run 2 telah pun diperkenalkan untuk pengguna iOS sebelum ini, dan untuk para pengguna Android pula, ia dilaporkan bakal diperkenalkan seawal minggu hadapan.

Temple Run 2

Bagi yang sedia kenali permainan Temple Run, ia membawakan bentuk permainan dimana pengguna perlu melarikan diri daripada bahaya, disamping mengelak dariapda pelbagai halangan dengan mengerakkan peranti mereka. Melalui Temple Run 2, ia membawakan grafik yang lebih baik, dan diperkatakan menggunakan enjin Unity untuk pembangunannya.

Ia dilaporkan, pihak pembangunnya – Imagi Studio telah pun menyiapkan permainan tersebut, dan kini hanya menantikan pengesahan daripada pihak Google, sebelum ia diterbitkan pada Google Play Store.


TIPS & ULASAN