Cari @ Amanz

Satu demi satu fungsi baru pada BlackBerry 10 mula kelihatan, dan terkini, melalui sebuah video khas, ia diperlihatkan yang mana BlackBerry 10 kelak akan menyertakan sokongan penambahan efek pada gambar, lebih kurang sama seperti aplikasi popular – Instagram.

Selain daripada kebolehan menambah efek, ia juga kelihatan yang mana BlackBerry 10 bakal didatangkan bersama-sama dengan editor gambar terbina, membolehkan pengguna melakukan beberapa perkara asas, seperti mengecilkan gambar, mengubah orientasi dan sebagainya.

Daripada apa yang kelihatan, ia merupakan versi awal BlackBerry 10, dan berkemungkinan pada versi akhirnya kelak, pelbagai perkara akan berubah ataupun ditambah padanya.

RIM bakal mengumumkan BlackBerry 10 kepada umum pada 30 Januari ini. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd