Instagram Kini Dilaporkan Mempunyai Lebih 90 Juta Pengguna Aktif

Instagram Kini Dilaporkan Mempunyai Lebih 90 Juta Pengguna Aktif

Diterbitkan pada Jan 18, 2013 oleh .

Statistik InstagramInstagram telah menjadi salah satu fenomena popular dikalangan ramai pengguna, apatah lagi sejak aplikasi Android dilancarkan untuknya. Kini, melalui statistik terkini yang dikeluarkan, Instagram mengatakan mereka mempunyai lebih 90 juta pengguna aktif di seluruh dunia.

Instagram juga turut berkongsi mengatakan yang mana sebanyak 40 juta gambar dimuat-naik ke perkhidmatan tersebut setiap hari, termasuk lebih 8,500 likes setiap saat, dan lebih kurang 1,000 komen pada setiap saat.

Sebelum ini, ketika Instagram dihadapi dengan pelbagai kritikan berkenaan perubahan pada terma dan syarat perkhidmatan mereka, ia dilaporkan pengguna aktif perkhidmatan tersebut berkurangan, apatah lagi dengan pihak Twitter sendiri hadir dengan sokongan lebih kurang serupa pada aplikasi mereka.

Namun, daripada angka yang dikeluarkan, ia tampak masih mengekalkan momentum sebagai perkhidmatan perkongsian gambar popular.

Tiada sebarang data yang dikongsikan berkenaan pecahan pengguna diantara platform Android dan iOS buat masa ini.


TIPS & ULASAN