Cari @ Amanz

Semalam kami menjadi yang terawal melaporkan mengenai penjualan peranti terbaru HTC, iaitu HTC Butterfly di Malaysia pada harga RM2299. Hari ini, pihak HTC Malaysia berkongsi, mengatakan syarikat telekomunikasi tempatan turut sama akan menawarkannya tidak lama lagi.

HTC Butterfly

HTC Butterfly ditawarkan pada harga RM2299 di Malaysia, yang mana mungkin berharga agak tinggi untuk ramai. Namun, dengan pelan dan pakej daripada Celcom, DiGi, Maxis, TuneTalk dan juga UMobile, ia akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna yang ingin mendapatkan peranti tersebut.

HTC Butterfly dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh – 1080pp, serta membawakan memori sebanyak 2GB RAM dan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro. Bersama-sama dengannya, disertakan bateri berkapasiti 2020 mAh, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2.1-megapixel, dan dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dengan antaramuka Sense 4+.

Buat masa ini, pakej daripada syarikat telekomunikasi individu masih belum diketahui sepenuhnya lagi.

HTC Butterfly

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd