Samsung Bakal Memperkenalkan Galaxy Tab Generasi Baru Pada MWC 2013?

Samsung Bakal Memperkenalkan Galaxy Tab Generasi Baru Pada MWC 2013?

Diterbitkan pada Jan 18, 2013 oleh .

Selain daripada laporan berkaitan Galaxy Note 8.0 sebelum ini, kini desas-desus baru kedengaran mengatakan Samsung mungkin akan mengumumkan tablet generasi baru dibawah jenama Galaxy Tab pada MWC 2013 bulan Februari kelak.

Galaxy Tab

Ia boleh dikatakan telah sekian lama sejak Galaxy Tab 2 diperkenalkan oleh Samsung, dan pada Mobile World Congress 2013 bulan Februari ini, Samsung diperkatakan akan memperkenalkan Galaxy Tab bersaiz 7-inci dengan paparan skrin resolusi HD penuh, dan dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras.

Ia tidak diketahui lagi buat masa ini, adakah saiz tablet berbeza yang lain akan turut hadir sama daripada Samsung ataupun hanya versi 7-inci sahaja yang akan diperkenalkan pada acara tersebut kelak.

Apa pun, sama-sama kita nantikan MWC 2013 yang semestinya akan menjadi medan pengenalan pelbagai peranti baru daripada pelbagai pengeluar seluruh dunia.


TIPS & ULASAN