SimCity merupakan salah satu permainan simulasi yang mempunyai peminatnya tersendiri, dan kini pembangunya telah pun memulakan pendaftaran minat untuk mereka yang ingin mencuba dan menguji versi betanya.
Ujian beta untuk SimCity baru ini kelak akan dijalankan antara 25 Januari sehingga 28 Januari kelak, sebelum permainan tersebut dilancarkan kepada semua pengguna PC pada Mac 2013.
Melalui ujian beta ini, pihak pembangunnya boleh mengumpulkan maklum balas awal berkenaan dengan permainan terbaru mereka yang membawakan enjin permainan baru, disamping membawakan sokongan kolaborasi antara lebih dari satu pemain.
Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan diri untuk beta hari ini, dan kelak mengujinya, dimana muat-turun untuk beta kelak akan ditawarkan melalui Origin.