Sokongan Kawalan Suara Pada BlackBerry 10 Diperlihatkan

Sokongan Kawalan Suara Pada BlackBerry 10 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Jan 19, 2013 oleh .

Nampaknya, beberapa orang di luar sana telah mendapatk akses awal untuk peranti BlackBerry 10, jauh sebelum ia dilancarkan, dan beberapa video awal hadir berkongsi akan beberapa perkara baru padanya, termasuk terkini – sokongan kawalan suara.

Daripada apa yang dipertontonkan, ia memperlihatkan BlackBerry 10 menyokong bahasa Jerman, memperlihatkan berkemungkinan pihak RIM akan memperkenalkan pelbagai bahasa lain selain Inggeris padanya.

Selain itu, ia juga diperlihatkan yang mana aplikasi peta pada BlackBerry 10 turut sama menyokong navigasi, salah satu perkara yang menjadi permintaan ramai pada hari ini.

RIM bakal melancarkan BlackBerry 10 kepada umum pada 30 Januari kelak, dimana selain daripada sistem operasi BlackBerry 10, RIM juga bakal memperkenalkan peranti baru mereka pada tarikh yang sama.


TIPS & ULASAN