Carian
Pelbagai Maklumat Berkaitan Perkhidmatan Mega Mula Diketahui – Pelancaran Rasmi Esok
January 19, 2013 Aman

Dengan pelancaran rasmi perkhidmatan Mega dalam masa kurang sehari lagi, kini, Kim Dotcom menyediakan akses awal kepada beberapa pengguna, sekaligus memperlihatkan pelbagai perkara baru yang dibawakan oleh perkhidmatan tersebut.

Mega

Salah satu fungsi menarik pada Mega yang mendapat perhatian ramai adalah sokongan penyulitan data (encryption), membolehkan pelbagai fail dan dokumen yang dimuat-naik disimpan dalam keadaan yang selamat, tanpa diketahui dan dapat dilihat mereka yang lain. Daripada apa yang diketahui, ia menggunakan kekunci RSA 2048-bit untuk mengakses fail-fail pengguna yang disimpan pada Mega baru ini.

Namun, dari segi sokongan pelayar web, buat masa ini, Mega hanya mesra pelayar web Chrome sahaja, dan sokongan untuk pelayar web lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

Mega

Aplikasi desktop untuk Windows dan Mac bakal menyusul.Dari segi antaramuka pula, ia kelihatan membawakan antaramuka yang ringkas dan mudah digunakan. Tiada pengiklanan yang kelihatan buat masa ini, dan diperkatakan aplikasi khas untuk pengguna Windows dan Mac akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Mega baru kelihatan membawakan ruangan storan percuma sebanyak 50GB, dan bagi yang ingin mendapatkan lebih ruangan, ia bermula pada harga 9.99 untuk 500GB ruangan simpanan.

Mega

Dan untuk perlindungan undang-undang, pihak Mega mengatakan pengguna bertanggungjawab ke atas apa yang dimuat-naik oleh mereka, dan pihak berkuasa boleh meminta maklumat penggunaan anda bila-bila masa.

Perkhidmatan ini bakal dibuka kepada umum bermula esok, dimana semua dapat mendaftarkan diri dan mencubanya sendiri.

Komen