Google Glass merupakan salah satu projek daripada Google yang diperkatakan ramai, malah dilabelkan sebagai inovasi terbaik tahunan. Ia dijangka akan diperkenalkan dengan lebih menyeluruh pada Google I/O tahun ini, sebelum dipasarkan seawal tahun hadapan.
Apakah yang akan dibawakan olehnya, dan bagaimana pengguna akan dapat mengawalnya masih menjadi tanda tanya ramai pengguna sehingga ke hari ini.
Namun, daripada sebuah permohonan paten oleh Google, ia memperlihatkan gambaran yang mana Google Glass memancarkan sebuah papan kekunci maya melalui laser terbina di Google Glass. Adakah ianya akan disertakan ataupun sebaliknya, masih tidak diketahui.
Kadang-kala juga, seseuatu paten yang dipohon mungkin tiada kena-mengena dan mungkin tidak akan disertakan pada produk mereka.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Google melalui Project Glass ini.