Cari @ Amanz

JomSocial merupakan salah satu produk keluaran tempatan yang popular dikalangan pengguna Joomla seluruh dunia. Hari ini, ia diumumkan yang mana JomSocial akan diambil-alih oleh pihak iJoomla.com, yang akan terus menambah-baik dan membawa JomSocial selangkah ke hadapan lagi.

iJoomla juga merupakan perkhidmatan yang menawarkan penambahan kepada Joomla, dimana selain daripada majalah iJoomla, mereka juga mempunyai beberapa produk berupa extension untuk Joomla. Perkara ini, sekaligus membolehkan JomSocial terus menerima penambah-baikkan dan terus dibangunkan dan memberi kesan positif kepada pengguna JomSocial.

Menurut Azrul, pengasas JomSocial, ketika memilih iJoomla untuk mengambil-alih JomSocial, beliau memastikan dimana pasukan disebaliknya, pelanggan dan juga harapan masa panjang projek berkenaan diteruskan dan terus berkembang baik.

JomSocial dibawah iJoomla akan terus memfokuskan kepada pembangunan produk yang lebih baik dan disertakan pelbagai ciri-ciri menarik, selain mana turut menawarkan sokongan dan khidmat pelanggan yang lebih baik.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan kedua-dua pihak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd