Muhyidin YassinSelain daripada perkongsian mengenai perancangan untuk menggantikan buku teks kepada pinjaman komputer riba, Muhyiddin Yassin turut sama berkongsi mengatakan semua sekolah akan dilengkapi kemudahan internet WiFi 4G menjelang penghujung tahun ini.

Pada hari ini, sebahagian daripada sekolah telah sedia dilengkapi dengan WiFi, dimana salah satu syarikat telekomunikasi yang menguruskannya adalah Yes4G.

Menerusi program Transformasi Pendidikan Negara, ia diperkatakan Kementerian Pelajaran menyasarkan semua 10066 sekolah di Malaysia dilengkapi dengan kemudahan internet WiFi 4G dalam tempoh setahun ini.

Mungkin juga perkara ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan kandungan yang lebih baik dalam arena teknologi dan web dalam masa terdekat ini.

TIPS & ULASAN