(Ura-Ura) Motorola X Dengan Key Lime Pie Pada Google I/O?

(Ura-Ura) Motorola X Dengan Key Lime Pie Pada Google I/O?

Diterbitkan pada Jan 20, 2013 oleh .

Google I/O merupakan salah satu acara tahunan daripada Google yang memperlihatkan pelbagai produk dan perkhidmatan baru daripada Google diperkenalkan. Jikalau sebelum ini kita mendengar mengenai peranti Nexus, kini desas-desus baru mula kedengaran mengatakan mengenai peranti daripada Motorola.

Ia diperkatakan pada Google I/O kelak, Google akan memperkenalkan telefon pintar Motorola X yang akan menjalankan Android 5.0 Key Lime Pie. Peranti ini juga dikatakan akan menjadi peranti pertama menjalankan sistem operasi Android tersebut.

Peranti ini juga turut diura-ura akan membawakan skrin bersaiz 5-inci, salah satu trend dikalangan pengeluar peranti sepanjang tahun 2013 ini. Sejak Google mengambil-alih Motorola, mereka masih belum mengeluarkan peranti Nexus dibawah jenama Motorola, dan mungkin sekiranya ini semua benar, pada tahun ini kita akan dapat melihat peranti Nexus daripada Motorola.

Namun, seperti biasa, ia hanya sekadar ura-ura sahaja. Mungkin lebih banyak perkara akan kedengaran dengan hampirnya tarikh acara tersebut, iaitu pada bulan Mei 2013 ini.


TIPS & ULASAN