Cari @ Amanz

Setelah dinantikan sekian lama, hari ini Kim Dotcom secara rasminya telah pun melancarkan dan membuka pendaftaran untuk perkhidmatan storan dan perkongsian fail dalam-talian, dinamakan sebagai Mega.

Mega

Ketika artikel ini ditulis, Mega sedang menerima ramai kunjungan, menjadikan laman tersebut beroperasi sedikit lambat berbanding kebiasaan. Menurut Kim Dotcom sendiri, Mega telah menerima lebih 100,000 pendaftaran dalam masa kurang 1 jam sejak ia dibuka kepada umum.

Melalui Mega, ia memfokuskan kepada penyulitan (encryption) dokumen yang dimuat-naik dan disimpan, membolehkan ia selamat diatas-talian. Mega menawarkan ruangan percuma sebanyak 50GB untuk setiap pengguna, dan boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis fail.

Bagi yang berminat, boleh mendaftarkan diri anda hari ini, dan menggunakannya dalam menyimpan fail dan dokumen anda padanya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd