Angka Pengguna Berdaftar Mega Melangkaui Lebih 1 Juta Dalam Masa Kurang Sehari

Angka Pengguna Berdaftar Mega Melangkaui Lebih 1 Juta Dalam Masa Kurang Sehari

Diterbitkan pada Jan 20, 2013 oleh .

Masih kurang sehari lagi sejak perkhidmatan Mega dilancarkan, tetapi menariknya, Kim Dotcom telah pun mengumumkan yang mana pengguna berdaftar pada perkhidmatan mereka telah melangkaui lebih 1 juta orang.

Mega

Mega menawarkan ruangan storan percuma sebanyak 50GB untuk setiap pengguna, membolehkan setiap pengguna menyimpan pelbagai jenis fail mereka padanya, dan berkongsi dengan yang lain dengan mudah.

Setiap fail juga disimpan dengan selamat, mengelakkan ia diceroboh oleh pihak luar. Ia turut diperkatakan kelak tidak lama lagi, pihak pembangunnya akan memperkenalkan perisian khas untuk Windows dan Mac, membolehkan fail dimuat-naik terus daripada desktop, lebih kurang seperti Dropbox.

Pada masa yang sama, Kim Dotcom juga dijangka akan memperkenalkan beberapa perkhidmatan lain, dan salah satunya adalah Megabox, yang memfokuskan kepada perkongsian kandungan dan sebagainya, yang mana bakal mengubah landskap industri sepenuhnya. Ia dijangka akan dilancarkan dalam masa lebih kurang enam bulan lagi.


TIPS & ULASAN