Pada Windows 8, pelbagai aplikasi ditawarkan melalui Windows Store. Memandangkan ia menggunakan akaun Microsoft untuk pendaftaran dan sebagainya, maka ia memudahkan pengguna sekiranya ingin memasang aplikasi sama pada pelbagai komputer.
Walaupun ia membolehkan senarai aplikasi diselarikan pada pelbagai komputer, hanya segelintir tetapan sahaja yang dibawa bersama, dan bukannya segala data penggunaan aplikasi tersebut.
Untuk memudahkan perkara ini, salah satu perisian yang berguna adalah Windows 8 Apps Data Backup. Perisian percuma ini membolehkan pengguna membuat salinan pendua data-data pada sesuatu komputer yang disimpan pada local system dan seterusnya restore kembali data tersebut apabila diperlukan.
Pada perisian ini juga, pengguna boleh membuat pilihan untuk aplikasi apa sahaja anda ingin membuat salinan pendua data, dan apakah aplikasi apa yang tidak diperlukan.
Bagi anda yang ingin berpindah ke komputer baru dan sebagainya, mungkin boleh mendapatkan perisian ini secara percuma, dan membuat salinan pendua untuk data-data aplikasi Windows 8 anda.
- Muat Turun
- Muat-Turun Windows 8 Apps Data Backup