Pada masa kini, dengan semua tablet dan telefon pintar yang menggunakan skrin sentuh dan sentiasa mengakses internet, menjadikan bateri sering kehabisan dengan cepat. Untuk mengatasi perkara ini, salah seorang pelajar UPM hadir dengan beg sandang yang boleh cas gajet dengan mudah.
Melaluinya, ia menggunakan tenaga solar yang kemudiannya disalurkan kepada peranti seperti telefon pintar, tablet, kamera dan sebagainya, sekaligus memudahkan mereka yang sering bergerak dari satu lokasi ke lain untuk mengecas peranti mereka.
Menurut pelajar berusia 25 tahun itu, Noor Shah Iwan Ismail, untuk mengecas, pengguna hanya perlu menjemur beg tersebut di bawah cahaya matahari atau pun dilakukan semasa berjalan bagi mengumpulkan tenaga solar untuk disalur dan disimpan alat tersebut.
Buat masa ini, beg sandang ini telah hampir siap 80%, dan dijangka akan dikomersialkan sekitar bulan Mac. Harga jualannya dikatakan amat berpatutan dan dikatakan akan membawa rekabentuk yang amat fleksibel dan tahan lasak.
UPM student has invented a sling bag with a built-in device for charging cellphones, cameras and iPad using solar energy
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 20, 2013