Founder Institute Mungkin Akan Dilancarkan Di Kuala Lumpur Tidak Lama Lagi

Founder Institute Mungkin Akan Dilancarkan Di Kuala Lumpur Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 21, 2013 oleh .

Founder Institute merupakan salah satu program yang membantu membina ekosistem startup di seluruh dunia, dan kini ia kelihatan mereka sedang dalam proses melihat dan menyemak permintaan untuk ia ditubuhkan di negara kita, Malaysia.

Sebagai fasa untuk menyemak permintaan, ia kelihatan pihak Founder Institute kini menyediakan sebuah halaman khas, membolehkan mereka yang berminat mendaftarkan diri, dan menerima pautan jemputan untuk ujian aptitude secara percuma.

Untuk pasaran Malaysia, beberapa mentor telah dikenal pasti termasuk beberapa CEO daripada syarikat-syarikat tempatan, termasuk daripada Says.com, BuzzCity, Netizens Media, TheFunded.com dan pelbagai syarikat yang lain.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan minat, sekaligus merealisasikan Founder Institute di Malaysia. Dan bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Founder Institute ini, mereka turut sama bakal mengadakan sebuah acara ringkas pada 30 Januari ini, menerangkan lebih lanjut mengenai program mereka.

Daftarkan diri anda di Founder Institute sekaligus membawa dunia startup tempatan setapak kehadapan lagi


TIPS & ULASAN