Cari @ Amanz

Tesco merupakan salah satu pasaraya yang popular di Malaysia, dan mempunyai cawangan dipelbagai lokasi. Kini, nampaknya, selain daripada menyediakan pasaraya fizikal, mereka juga bakal memperkenalkan pasaraya dalam-talian tidak lama lagi.

Tesco Online

Daripada perkhidmatan mereka kelak, ia akan membolehkan pengguna melakukan pembelian dalam-talian, dan kemudiannya semua barangan yang dibeli, dihantar terus ke rumah pada masa yang ditetapkan pembeli.

Bilakah tarikh rasmi ia akan dilancarkan masih tidak diketahui lagi. Tetapi, pihak Tesco Malaysia telah sediakan sebuah halaman khas untuk pra-daftar minat, dan menerima notifikasi apabila ia sedia untuk dicuba.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd