Kemaskini Windows Phone 7.8 Bakal Diperkenalkan Bermula 31 Januari?

Kemaskini Windows Phone 7.8 Bakal Diperkenalkan Bermula 31 Januari?

Diterbitkan pada Jan 21, 2013 oleh .

Kemaskini Windows Phone 7.8 merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna Windows Phone 7.5, terutamanya pengguna Lumia 800 dan juga Lumia 900.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh rasmi yang diumumkan oleh Microsoft. Tetapi daripada apa yang dikongsikan daripada beberapa syarikat telekomunikasi luar negara, ia kelihatan kemaskini ini akan bermula pada penghujung bulan ini, 31 Januari 2013.

Daripada apa yang diketahui buat masa ini, Windows Phone 7.8 dikatakan akan membawakan sokongan Live Tiles yang boleh diubah saiz, pelbagai pilihan tema baru, dan beberapa perkara baru padanya.

Mungkin sekiranya tarikh ini adalah benar, kita akan mendengar pengumuman daripada pihak Microsoft tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN