Selain daripada Xperia Z, Sony juga kini secara rasminya mengumumkan tablet mereka dengan nama yang lebih kurang sama, iaitu Sony Xperia Tablet Z, yang mana turut membawakan rekabentuk yang lebih kurang sama dengan telefon pintarnya.
Xperia Tablet Z membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz, memori 2GB RAM, skrin bersaiz 10.1-inci dengan resolusi 1920×1200 pixel (Mobile Bravia Engine 2), kamera belakang 8.1-megapixel dengan Exmore R, sokongan NFC, LTE dan juga mikro-SD padanya. Tablet ini turut sama dilengkapi dengan bateri berkapasiti 6000mAh padanya.
Apa yang menariknya, selain daripada rekabentuk yang lebih kurang sama dengan telefon pintarnya, Xperia Tablet Z ini juga turut membawakan ciri-ciri yang lebih kurang sama, termasuk kalis air dan juga debu. Fungsi-fungsi terbina pada sistem operasi masih belum diketahui sepenuhnya.
Ia juga masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia, dan berapakah harga jualannya kelak.