(Ura-Ura) Telefon Pintar Bersaiz 4.8-inci Akan Hadir Daripada Apple Pada Tahun Ini?

(Ura-Ura) Telefon Pintar Bersaiz 4.8-inci Akan Hadir Daripada Apple Pada Tahun Ini?

Diterbitkan pada Jan 21, 2013 oleh .

Tiga iPhone daripada Apple pada tahun ini?Pada tahun ini, ia telah menjadi trend ramai pengeluar memperkenalkan peranti bersaiz 5-inci mereka, dan mengikut ura-ura terbaru daripada China Times, ia dikatakan Apple merancang untuk memperkenalkan telefon pintar bersaiz 4.8-inci pada tahun ini.

Ia dikatakan peranti ini akan diperkenalkan bersama-sama iPhone 5S yang dinantikan ramai. iPhone bersaiz 4.8-inci ini dikatakan akan turut sama menyertakan kamera bersaiz 8-megapixel, lebih kurang sama dengan versi asalnya.

Ini bukanlah kali pertama kita mendengar peranti dengan skrin bersaiz besar daripada Apple, dimana beberapa ura-ura sebelum ini turut mengatakan perkara sama.

Jadi, adakah benar Apple akan hadir dengan peranti bersaiz 4.8-inci ataupun sebaliknya, semuanya akan terjawab pada WWDC tahun ini. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN