MFace Dan Xiaomi Mengumumkan Kerjasama Untuk Mempromosi MiTalk

MFace Dan Xiaomi Mengumumkan Kerjasama Untuk Mempromosi MiTalk

Diterbitkan pada Jan 21, 2013 oleh .

Mungkin ramai sedia kenali akan salah satu laman sosial tempatan, dinamakan sebagai Mface. Hari ini, laman sosial tersebut, mengumumkan kerjasama dengan Xiaomi, dalam usaha untuk mempromosikan MiTalk.

MiTalk merupakan salah satu perkhidmatan permesejan, sama seperti WhatsApp, Line, WeChat dan lain-lain, dimana disediakan untuk pelbagai platform, termasuk iOS, Android, Symbian, Windows Phone dan juga PC.

Melalui kerjasama ini, Mface bakal memantau dan mempromosikan aplikasi MiTalk tersebut di beberapa buah negara, termasuk Malaysia, Indonesia, Jepun dan juga Korea Selatan.

Mface telah diperkenalkan pada 2011, dimana merupakan idea bersama AC Mizal dan juga rakan kongsi beliau, Tedy Teow. Seperti beberapa perkhidmatan web yang lain, MFace turut sama mempunyai aplikasi sosial mereka tersendiri, untuk iPhone, Android dan juga BlackBerry, selain versi Windows Phone yang akan menyusul.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak MFace akan mempromosikan MiTalk ini bersama-sama aplikasi sosial mereka ataupun dilakukan secara berasingan.


TIPS & ULASAN