Samsung Dilaporkan Mengesahkan Galaxy Note 8.0 Untuk MWC 2013

Samsung Dilaporkan Mengesahkan Galaxy Note 8.0 Untuk MWC 2013

Diterbitkan pada Jan 22, 2013 oleh .

Desas-desus mengenai Galaxy Note 8.0 mula kedengaran sejak daripada minggu lepas, dan kini, ia dilaporkan oleh iNews24, dimana mereka mendapat pengesahan daripada pihak Samsung berkenaan dengannya. Seperti pada angkanya, Galaxy Note 8.0 dijangka bakal membawakan skrin bersaiz 8-inci dengan pelbagai fungsi menarik padanya.

Pada tahun lepas, Samsung memperkenalkan Galaxy Note 10.1, dan semestinya Galaxy Note 8.0 yang bakal menyertakan sokongan S-Pen merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai, apatah lagi dengan skrin bersaiz kecil berbanding Galaxy Note 10.1.

Walaubagaimanapun, apakah spesifikasi dan fungsi tambahan yang akan disertakan masih tidak diketahui sepenuhnya. Mengikut ura-ura sebelum ini, ia dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz, dengan resolusi skrin pada 1280×800 pixel.

MWC 2013 bakal diadakan pada penghujung bulan Februari kelak, dimana selain daripada Galaxy Note 8.0, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru yang lain pada acara tersebut.


TIPS & ULASAN