Adakah Sony Bakal Hadir Dengan Peranti Bersaiz 6.5-inci?

Adakah Sony Bakal Hadir Dengan Peranti Bersaiz 6.5-inci?

Diterbitkan pada Jan 22, 2013 oleh .

Panel Skrin SonyPada CES 2013 yang lepas, Huawei memperkenalkan peranti bersaiz 6.1-inci mereka, dan kini melalui sebuah gambar yang mula kelihatan di arena web, ia memperlihatkan panel skrin untuk peranti Sony, bersaiz sekitar 6.5-inci.

Sony sendiri, pada tahun ini nampaknya memfokuskan sepenuhnya kepada arena peranti mudah-alih. Kedua-dua peranti terbaru mereka, iaitu Xperia Z dan juga Xperia Tablet Z menerima maklumbalas positif daripada ramai pengguna, apatah lagi dengan rekabentuk yang amat memikat hati.

Dan dengan pengguna yang semakin menyukai dan mencari-cari peranti dengan skrin bersaiz besar, mungkin Sony mempunyai beberapa pengumuman menarik pada Mobile World Congress bulan Februari ini kelak.

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai kemungkinan, dimana ia mungkin hanya sekadar prototaip awal ataupun hanya komponen yang tidak digunakan mereka. Namun, sekiranya Sony hadir dengan phablet mereka, adakah ia akan mempunyai permintaannya tersendiri?


TIPS & ULASAN