Asus Taichi Berharga RM3999 Di Malaysia – Mula Dijual Bermula Minggu Hadapan

Asus Taichi Berharga RM3999 Di Malaysia – Mula Dijual Bermula Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jan 22, 2013 oleh .

Asus sering hadir dengan peranti dengan rekabentuk yang agak menarik dan unik, dan salah satunya adalah Asus Taichi. Setelah diperkenalkan ketika pelancaran Windows 8 tempoh hari, kini ia telah pun dilancarkan secara rasmi di Malaysia, dan akan mula dijual bermula minggu hadapan.

Asus Taichi

Asus Taichi

Dari segi rekabentuk, seperti semua sedia ketahui, ia membawakan dwi-skrin terbina padanya, dimana membolehkan pengguna menggunakan ia dalam bentuk komputer riba ataupun dalam bentuk tablet. Skrin pada bahagian belakang (kerangka luar komputer riba) dibawakan dengan sokongan skrin sentuh. Dari segi spesifikasi, peranti ini membawakan cip pemprosesan pilihan antara Intel Core i5 atau i7, dilengkapi dengan storan SSD sebesar 256GB SSD, dan memori sebanyak 4GB RAM.

Komputer riba ini akan mula dijual bermula minggu hadapan melalui para pengedar rasmi Asus seluruh negara, dengan harga jualan saranan adalah sekitar RM3999.


TIPS & ULASAN