LG Optimus G Pro telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan kini, ia secara rasminya diumumkan, sekaligus mengumumkan peranti tersebut bakal mula dijual di pasaran Jepun bermula awal April 2013 kelak.
LG Optimus G Pro membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan empat-teras 1.7GHz Snapdragon S4 Pro, bateri berkapasiti 3,000mAh, dan menggunakan Android 4.1 Jelly Bean padanya.
Peranti ini turut sama menyertakan sokongan LTE, memori sebanyak 2GB RAM, dan juga kamera 13-megapixel pada bahagian belakang.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan turut dijual di pasaran negara yang lain. Sementara ia telah diumumkan Optimus G Pro untuk pasaran Jepun, untuk pasaran Malaysia, ia masih tidak diketahui bilakah peranti Optimus G akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia.