Asus VivoTab Smart Akan Ditawarkan Dengan Sokongan LTE Untuk Pasaran Malaysia

Asus VivoTab Smart Akan Ditawarkan Dengan Sokongan LTE Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Jan 22, 2013 oleh .

Asus VivoTab Smart telah diperkenalkan sebelum ini, selain daripada VivoTab dan juga VivoTab RT. Hari ini, Asus Malaysia memperkenalkan peranti ini untuk pasaran tempatan, dan akan mula dijual bermula bulan hadapan.

Asus VivoTab Smart menggunakan cip pemprosesan Intel Atom, sistem operasi Windows 8 dan juga dilengkapi dengan memori sebnyak 2GB RAM pada tablet dengan skrin bersaiz 10.1-inci padanya.

Untuk pasaran Malaysia, dua versi akan disediakan, iaitu dengan sokongan LTE pada harga RM2099, manakala versi WiFi sahaja berharga RM1799. Kedua-duanya akan dijual bermula Februari kelak.


TIPS & ULASAN