Cari @ Amanz

Selain daripada mengumumkan Asus Taichi dan juga VivoTab Smart untuk pasaran Malaysia, salah satu peranti baru yang turut sama diumumkan adalah tablet mampu milik daripada Asus, iaitu Asus Memo Pad ME172V.

Asus MemoPad ME172V1

Tablet ini memfokuskan kepada pasaran membangun, membawakan skrin bersaiz 7-inci dengan resolusi 1024×600 pixel, cip pemprosesan 1GHz, Mali-400, memori sebanyak 1GB RAM, kamera 1-megapixel pada bahagian hadapan, dan masa bertahan bateri sehingga 7-jam.

Asus Memo Pad ini dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, dan boleh mula didapati bermula minggu hadapan pada harga RM499.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd