Mozilla Mengumumkan Peranti Pembangun Untuk Firefox OS

Mozilla Mengumumkan Peranti Pembangun Untuk Firefox OS

Diterbitkan pada Jan 22, 2013 oleh .

FirefoxOS merupakan salah satu platform daripada Mozilla yang dinantikan ramai pada tahun ini. Selain menyediakan beberapa kaedah untuk mengujinya pada komputer mahupun pelayar web, kini pihak Mozilla turut sama mengumumkan peranti khas untuk para pembangun.

FirefoxOS - GeeksPhone

Dinamakan sebagai “Developer Preview Phone”, ia membawakan skrin bersaiz 3.5-inci HVGA, kamera belakang 3-megapixel, cip pemprosesan 1GHz Snapdragon S1, memori 500MB, ruangan storan terbina 4GB, dan kebolehan untuk menambahnya melalui ruangan mikro-SD, serta bateri berkapasiti 1580mAh.

Seperti anda dapat lihat, peranti ini hanya membawakan spesifikasi asas, dan ditujukan sepenuhnya untuk para pembangun.

Peranti ini akan ditawarkan kepada para pembangun bermula daripada bulan Februari kelak, dan dijangka ditawarkan melalui Geeksphone.

Selain daripada peranti pembangun yang dikenali sebagai Keon ini, ia juga kelihatan Geeksphone akan menawarkan peranti dinamakan sebagai Peak, membawakan spesifikasi lebih tinggi, dimana menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon S4 1.2Ghz, skrin bersaiz 4.3-inci qHD, memori sebanyak 512MB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel dan juga bateri berkapasiti 1800 mAh padanya.


TIPS & ULASAN