Cari @ Amanz

Pada peranti HTC, salah satu perkara yang disukai pengguna adalah antaramuka HTC Sense padanya. Untuk tahun ini, HTC Sense 5.0 dinantikan, dan kini, beberapa gambar paparan skrin yang diperkatakan sebagai Sense 5.0 mula kelihatan di arena web.

HTC Sense 5.0

Daripada rekabentuk yang dipaparkan, ia kelihatan membawakan antaramuka yang agak kemas berbanding sebelumnya, disamping beberapa widget yang diberikan nafas baru.

HTC Sense 5.0 ini dijangka akan diperkenalkan dan didatangkan bersama-sama peranti terbaru mereka yang dinantikan, iaitu HTC M7. Buat masa ini, bilakah ia akan diumumkan secara rasminya masih tidak diketahui, tetapi ramai menantikan Mobile World Congress pada penghujung Februari ini untuknya.

HTC Sense 5.0

HTC Sense 5.0

Jadi, apa pandangan anda dengan antaramuka HTC Sense 5.0 ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd