LG Optimus G Akan Diperkenalkan Di Lebih 50 Negara Bermula Penghujung Januari Ini

LG Optimus G Akan Diperkenalkan Di Lebih 50 Negara Bermula Penghujung Januari Ini

Diterbitkan pada Jan 23, 2013 oleh .

LG Optimus G mempunyai peminatnya tersendiri, dan dinantikan pelancarannya bersama-sama Nexus 4 untuk pasaran Malaysia. Namun, sehingga hari ini, ia tidak diketahui bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

lg-optimus-g

Melalui pengumuman pihak LG bersama-sama pengenalan LG Optimus G Pro, mereka mengatakan peranti LG Optimus G ini akan diperkenalkan ke lebih 50 buah negara bermula daripada minggu hadapan.

LG Optimus G membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan 1080p HD IPS, cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Snapdragon, memori sebanyak 2GB RAM, dan juga kamera belakang 13-megapixel. LG Optimus G turut sama dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean padanya.

Peranti ini akan dilancarkan di Singapura pada minggu hadapan, namun tiada sebarang tarikh diberikan untuk pasaran Malaysia buat masa ini. Mungkin kita boleh nantikan pelancarannya ke pasaran Malaysia tidak jauh selepas itu.


TIPS & ULASAN