Cari @ Amanz

Ketika pelancaran Windows 8 tempoh hari, Samsung hadir dengan salah satu peranti mereka, iaitu Samsung ATIV Smart PC, dan kini nampaknya Celcom akan mula menawarkan ia bermula daripada 25 Januari 2013 kelak, bersama-sama dengan pakej mereka.

Celcom - ATIV Smart PC

Samsung ATIV Smart PC dengan sokongan 3G ini bakal ditawarkan secara eksklusif oleh Celcom, dimana mereka akan menawarkan ia pada harga RM1758.

Samsung ATIV Smart PC membawakan Windows 8, skrin bersaiz 11.6-inci dengan resolusi (1366×768), kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, kamera hadapan 2-megapixel, dan ruangan storan sebanyak 64GB. ATIV Smart PC juga dilengkapi dengan sokongan S-Pen dan juga S-Note yang popular dikalangan pengguna peranti Samsung.

Celcom akan mula menawarkannya bermula 25 Januari ini, dan untuk maklumat lanjut, dan berkaitan komitmen bulanan, mungkin boleh merujuk halaman rasmi Celcom. Ia masih lagi tidak diketahui bilakah peranti ini akan ditawarkan melalui pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd